Wanita Dan Hari Kelahiran

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Bantal Dan Perwatakan

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Kreativiti, Imaginasi Anak Terhad Akibat Ditakutkan

“Abang jangan masuk bilik tu gelap, takut... eii... ada hantu,”

Ungkapan remeh itu asalnya bertujuan menghalang anak degil atau memudahkan tugas keibubapaan, sebaliknya memiliki kesan psikologi yang tidak remeh pada anak.

Ia bukan saja membuat mereka sentiasa takut pada gelap dan hantu tetapi membuat mereka lambat ‘pulih’ dari imaginasi hantu atau momok. Malah mengehadkan kreativiti dan imaginasi.

Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata sikap ibu bapa sangat penting dalam membentuk personaliti anak. Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu.

“Perasaan takut itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan membuat mereka menjadi kurang yakin untuk mencuba pengalaman baru,” katanya.

Tidak dinafikan, perasaan takut adalah fitrah semula jadi manusia. Ia bersifat mempertahankan diri (self defence) dalam situasi yang dianggap bahaya atau mengancam keselamatan.Sifat ini berkembang pada usia enam hingga sembilan bulan.

Awalnya, bayi akan tersenyum dan suka semua orang yang mendekati dan membelainya.Hinggalah ketika usia mencecah enam bulan, bayi sudah mula menyedari perbezaan antara mama dan ayah dengan orang lain di sekelilingnya.

Apabila usia meningkat, perasaan takut itu berkembang mengikut imaginasi dan juga persekitaran. Jika dia kerap ditakutkan dengan hantu, dia akan terasa hantu itu sebahagian dari hidupnya.

“Perasaan takut bagaimanapun, akan hilang dengan sendirinya ketika kanak-kanak berusia dua tahun. Jika dia ber usia setahun tetapi tidak takut pada orang asing misalnya, itu mungkin petanda perkembangannya terlewat ke rana pada usia ini dia sepatutnya ada rasa ‘stranger anxiety’,” kata Dr Noor Aziah.

Apabila kanak-kanak berusia dua tahun, sepatutnya, dia sudah mula ada keyakinan diri. Dia kurang takut pada persekitaran dan orang asing.

Bagaimanapun, bagi sesetengah kanak-kanak ketakutan itu akan beransur-ansur hilang pada usia antara tiga hingga lima tahun.

Kanak-kanak memiliki personaliti sendiri sejak hari pertama mereka dilahirkan. Justeru, kematangan sosial yang bergantung kepada personaliti anak bukanlah bahan ukuran kepandaian atau IQ keseluruhan tetapi hanya sebahagian daripada sudut IQ saja.

Sebabnya mungkin personaliti anak itu sendiri yang pendiam, pemalu dan peramah membentuk sikapnya.

Secara umum, kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan tindak balas sedikit sebanyak yang menunjukkan dia tidak selesa dengan orang asing.

“Kanak-kanak yang dididik di pusat jagaan misalnya, punyai persekitaran yang mendedahkannya untuk belajar bergaul lebih awal. Dengan kematangan sosialnya mungkin lebih cepat berbanding kanak-kanak yang dididik di rumah oleh ibu.

Begitupun, jika si ibu kerap membawanya bersiar-siar, bersantai dan bertemu ramai orang, anak itu juga akan memiliki persekitaran sosial yang baik,” katanya.

Ketakutan yang tidak terkawal boleh bertukar kepada fobia jika ia terlalu ekstrem. Fobia mungkin disebabkan anak itu mengalami trauma atau pengalaman pahit terhadap sesuatu perkara hingga dia tidak boleh bertoleransi terhadapnya.

Misalnya, mungkin dia pernah berhadapan kebakaran rumah atau digigit serangga hingga terasa sangat sakit.

Fobia tidak normal. Ia mesti diatasi tetapi bukan hanya membabitkan kanak-kanak itu saja tetapi ibu bapa dan pakar psikologi.Apa yang ditakuti kanak-kanak?

a) Hantu dan persekitaran gelapTakut pada gelap dan hantu bergantung pada imaginasi dan realiti.

Jika sebagai ibu, kita mendidiknya ‘jangan takut gelap ia disebabkan tiada lampu, bukan ada hantu’ kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan, perasaan takut sudah wujud dalam diri. Tetapi ketika mencecah usia dua hingga tiga tahun, kanak-kanak lebih berkeyakinan.

b) Orang asing

Disebabkan jarang bertemu mereka atau tidak pernah bertemu. Ada kanak-kanak mengambil masa untuk mesra dengan orang baru. Pada usia dua tahun, kanak-kanak lelaki akan lebih selesa dengan rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan jantina lain akan ‘pulih’ apabila usia masuk akil baligh.

c) DoktorAda doktor kurang peka ketika merawat anak.

Layan anak dengan baik seperti orang dewasa. Mungkin bunyinya agak aneh dan remeh, misalnya perlu minta izin untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya, kata-kata lembut, ‘doktor buka baju ya, doktor nak periksa, abang sakit ni,’ mungkin boleh membantu.Ibu bapa juga jangan takutkan anak-anak dengan doktor misalnya berkata, ‘ha... jangan menangis nanti mama suruh doktor cucuk dengan jarum besar,’ kerana ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu.

Jenis ketakutan yang mungkin dialami anak

a) Kekacauan kebimbangan keterlaluan

Keadaan ini sangat jarang berlaku tetapi kerap berkait rapat dengan pengalaman buruk yang pernah dialami nya. Kanak-kanak secara umumnya takut denganpelbagai perkara setiap hari, tetapi tidak termasuk di dalam kategori ini jika tidak keterlaluan.

b) Panik

Kanak-kanak yang cepat panik akan menyebabkan dada mereka sesak, nafas pendek, sakit perut dan kepala terasa pusing. Misalnya panik menghadapi peperiksaan.

c) Bimbang pada orang asing

Bayi selalunya akan berhadapan dengan ketakutan begini. Apabila mereka bertemu orang yang tidak dikenali dia tidak akan jauh dari ibu bapanya.

d) Bimbang berpisah

Pada usia 10 hingga 18 bulan, kanak-kanak mula berasa takut berpisah dengan ibu bapa. Ia mengecewakan dan menakutkan jika mereka terpaksa berpisah dengan ibu bapa atau orang yang mereka sayang. Merasa menangis, panik atau marah apabila ibu bapa cuba meninggalkannya malah mungkin kerap mengigau atau susah tidur.

e) Kekacauan tekanan post-trauma

Mereka akan merasainya selepas berhadapan dengan bencana misalnya rumah terbakar. Memori itu sangat jelas.

f) Fobia

Ia terjadi apabila mereka rasa takut yang keterlaluan pada sesuatu perkara seperti serangga, kilat atau berjumpa orang baru. Pada sesetengah kanak-kanak ia sangat ekstrem dan sukar dikawal.Kadang-kadang mereka membesar dengan fobia itu.

Berita Harian Oleh Hafizah Iszahanid ; Sumber: Virtualpediatrichospital. org